Assalamualaikum para pembaca sekalian kali ni aku nak kongsi sikit pasal Tabung Haji aka TH .
Mungkin ramai yang akan gelak bila tengok post aku ni tapi kat sini aku nak kongsi sedikit sebanyak maklumat pasal TH ni terutama pada yang belum ada akaun ataupun ada akaun je tapi blom simpan waima seposen pon dalam akaun tabung haji ni
Lets cekidaut....
TH ni ditubuhkan pada tahun 1969 dekat Pulau Pinang untuk tujuan yang berikut:
- Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat;
- Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam; dan
- Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji yang menunaikan fardhu haji dengan mengadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.
ok dah paham ke korang dengan fungsi asas penubuhan TH ni (kalo tak pasal sila baca berulang kali bullet point kat atas tu ha)
Sekarang kita tengok pulak siapa yang layak memohon untuk bukak akaun kat TH ni (jangan risau walaupun bersyarat, syaratnya taklah sesusah syarat nak masuk MRSM, IPTA mahupun POLITEKNIK)
Syarat syaratnya ialah macam kat bawah ni:
- Beragama islam (mualaf pun takde masalah)
- Warganegara MALAYSIA SAHAJA
Kalau korang memenuhi syarat diatas berlarilah ke TH dengan segera (yesss!!!) untuk membuka akaun untuk pegi haji. Tapi jap nak bukak kat mane plak nih???
- Semua cawangan TH
- Kaunter Bank Islam
- Kaunter Bank Rakyat
- Mobile Kaunter TH
Jap sebelum korang berlari pegi bukak akaun TH korang cube check dulu duit dalam wallet ataupun purse korang ada tak RM 10 hengget. Ya nak bukak akaun TH ni cuma RM 10 sahaja ye adik adik. Jadi simpan lah duit tu dari beli jajan (nampak betul jawanya) kepada benda benda yang menguntungkan macam simpan duit dalam TH ni.
Jappp lagi sekali....(sorry boh lupa plak) sebelum korang menjejakkan kaki dalam opis TH tu korang kene bawak IC ye...penting tu...kalo lupa atau tertinggal kirim salam jelah cik adik manis yang kat kaunter tu nak bagi korang bukak akaun ....haram tak dapat..
Kalo korang ingat dengan menyimpan RM10 tadi membolehkan korang pegi haji, sila tampar diri anda laju laju. Ini kerana untuk nama korang didaftarkan untuk masuk sistem dan dapat tahun korang dapat pergi haji. Korang mesti simpan RM 1300 tak silap aku. Dan jumlah ni memang tak boleh dikeluarkan ye.
Lagi satu TH bagi jaminan kat duit yang korang simpan dalam akaun tu takkan hilang walaupun TH ada masalah macam mana pon...
Alamak poket kering!!!
Nak keluarkan dari akaun TH boleh tak??
Memang boleh jangan risau fungsi masuk duit dan keluar duit dari akaun TH ni lebih kurang sama je dengan akaun bank. Kalo dah desperado sangat keluarkan jelah tapi jangan diamalkan selalu kang jadi tabiat plak kang.
Ok la semua nanti bebile free aku sambung pulak cara buat duit pasif dengan akaun TH kita yee!!!
PS: nak pegi amik adik aku dari sekolah dia plak hehe...
No comments:
Post a Comment