Saturday, 4 March 2017

10 Tips mudah nak simpan duit kita

Simpan duit.
Mudah diungkap tapi payah nak dibuat.
Kali ni aku nak kongsi sikit beberapa tips mudah nak simpan duit kita yang bernilai tu. 
Kita mula dengan 10 tips ni dulu lepas tu boleh la kita pergi ke cara yang lebih ekstrim lagi...

DUIT YANG KITA DAPAT JIMAT NI KALAU BOLEH DISIMPAN DALAM TABUNG DAN JANGAN DIUSIK SAMPAI HUJUNG TAHUN. BARU DAPAT RASA BANYAK YANG KITA DAH SIMPAN.

JOM MULA....

#1 BAWA AIR KOSONG PERGI TEMPAT KERJA

#2 BUAT SENARAI BARANG YANG NAK DIBELI DAN DUIT YANG SECUKUPNYA SAHAJA

#3 BREAKFAST YANG SIMPLE DI RUMAH DARIPADA BREAKFAST KAT MAMAK ATAU MANA MANA KEDAI MAKAN . LEBIH SIHAT DAN JIMAT.

#4 BACA SURATKHABAR ONLINE. JIMAT DARI BELI SURATKHABAR HARI HARI YANG BELUM TENTU KITA BACA PUN SEMUA CERITA YANG ADA DALAM TU.

#5 SIMPAN SEMUA SYILING YANG ADA DAN JANGAN TUKAR MELAINKAN NAK DISIMPAN DALAM TABUNG HAJI

#6 KURANGKAN AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG MELIBATKAN WANG. GOTONG ROYONG, BOARD GAMES DAN MELAWAT PERPUSTAKAAN ADALAH LEBIH BAIK DARI MELAWAT MALL YANG DIPENUHI ORANG TU

#7 JUAL BARANG KITA YANG DAH TAK DIGUNAKAN. DARI BARANG TU BERHABUK BAIK JUAL DAPAT JUGA WANG

#8 CARI BARANG YANG SAMA KUALITI TAPI LEBIH MURAH. KURANGKANLAH BARANG BERJENAMA TU. BANYAK LAGI BARANG BUATAN MALAYSIA YANG SETANDING KUALITINYA TAPI PADA HARGA JAUH LEBIH MURAH

#9 SIMPAN DUIT DALAM TABUNG HAJI DAN BUKAN AKAUN BANK BIASA. DIVIDEN TINGGI DAN LEBIH BERKAT.

#10 JINAKKAN DIRI DENGAN NIAGA KECIL KECILAN. BISNES ONLINE YANG KECIL DAN NICHE PUN PASTI MEMBUAHKAN PENDAPATAN YANG BAIK KALAU KITA KONSISTEN DAN GUNA TEKNIK PEMASARAN BETUL.

DAH BACA KAN
JOM KITA BUAT SAMA SAMA!!!

Thursday, 2 March 2017

Tabung Haji: Simpan Duit Untuk Haji Dan Dot Dot Dot



Assalamualaikum para pembaca sekalian kali ni aku nak kongsi sikit pasal Tabung Haji aka TH .
Mungkin ramai yang akan gelak bila tengok post aku ni tapi kat sini aku nak kongsi sedikit sebanyak maklumat pasal TH ni terutama pada yang belum ada akaun ataupun ada akaun je tapi blom simpan waima seposen pon dalam akaun tabung haji ni

Lets cekidaut....

TH ni ditubuhkan pada tahun 1969 dekat Pulau Pinang untuk tujuan yang berikut:
  • Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat;
  • Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam; dan
  • Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji yang menunaikan fardhu haji dengan mengadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.

ok dah paham ke korang dengan fungsi asas penubuhan TH ni (kalo tak pasal sila baca berulang kali bullet point kat atas tu ha)



Sekarang kita tengok pulak siapa yang layak memohon untuk bukak akaun kat TH ni (jangan risau walaupun bersyarat, syaratnya taklah sesusah syarat nak masuk MRSM, IPTA mahupun POLITEKNIK)

Syarat syaratnya ialah macam kat bawah ni:

  • Beragama islam (mualaf pun takde masalah)
  • Warganegara MALAYSIA SAHAJA
Kalau korang memenuhi syarat diatas berlarilah ke TH dengan segera (yesss!!!) untuk membuka akaun untuk pegi haji. Tapi jap nak bukak kat mane plak nih???

  1. Semua cawangan TH
  2. Kaunter Bank Islam
  3. Kaunter Bank Rakyat
  4. Mobile Kaunter TH

Jap sebelum korang berlari pegi bukak akaun TH korang cube check dulu duit dalam wallet ataupun purse korang ada tak RM 10 hengget. Ya nak bukak akaun TH ni cuma RM 10 sahaja ye adik adik. Jadi simpan lah duit tu dari beli jajan (nampak betul jawanya) kepada benda benda yang menguntungkan macam simpan duit dalam TH ni. 

Jappp lagi sekali....(sorry boh lupa plak) sebelum korang menjejakkan kaki dalam opis TH tu korang kene bawak IC ye...penting tu...kalo lupa atau tertinggal kirim salam jelah cik adik manis yang kat kaunter tu nak bagi korang bukak akaun ....haram tak dapat..

Kalo korang ingat dengan menyimpan RM10 tadi membolehkan korang pegi haji, sila tampar diri anda laju laju. Ini kerana untuk nama korang didaftarkan untuk masuk sistem dan dapat tahun korang dapat pergi haji. Korang mesti simpan RM 1300 tak silap aku. Dan jumlah ni memang tak boleh dikeluarkan ye.

Lagi satu TH bagi jaminan kat duit yang korang simpan dalam akaun tu takkan hilang walaupun TH ada masalah macam mana pon...




Alamak poket kering!!!
Nak keluarkan dari akaun TH boleh tak??

Memang boleh jangan risau fungsi masuk duit dan keluar duit dari akaun TH ni lebih kurang sama je dengan akaun bank. Kalo dah desperado sangat keluarkan jelah tapi jangan diamalkan selalu kang jadi tabiat plak kang.

Ok la semua nanti bebile free aku sambung pulak cara buat duit pasif dengan akaun TH kita yee!!!



PS: nak pegi amik adik aku dari sekolah dia plak hehe...



Wednesday, 15 February 2017

Pengalaman Aku Kerja 7 eleven episod 3 (finale)


Untuk post kali ni aku nak cerita kenangan manis dan pahit aku time keje 7 eleven ni..
boleh dikatakan banyak yang manis dari yang pahit...

jom kita mula...
ready,set,goooo

Pengalaman manis
Antara pengalaman manis aku time keje 7 eleven ni ialah bila ada besday event..kat 7 eleven tempat aku keje dulu tu boleh dikatakan semua besday akan disambut...tak kira lah staff baru ke lama sume dapat treatment sama..makan piza,kepsi dan jugak kek dalam kedai...dah macam rumah sendiri dibuatnya...hehe..



lagi satu pengalaman best aku bila keje dengan partner yang memang ngam...semua best tapi bila aku kerja dengan budak kat atas tu mmg gempak gile..tak terasa langsung masa berjalan..

Pengalaman yang pahit
Kalo kita cerita pasal yang pahit plak memang stress aku dibuatnya...huhu
antara yang pahitnya ialah bila kene maki dengan customer walaupun yang salah tu customer...sigh..contohnya topap...macam korang tau 7 eleven jual macam macam topap..so sebelum jual staff akan tanya bebetul topap apa yang nak dibeli...sebab kalo salah mmg tak boleh refund...tapi benda ni byk kali jugak jadi..
dah keluarkan topap mekcis tetibe nk umobil plak..panas je hati aku...

pengalaman yang x best kedua ialah bila customer bising barang mahal..diorang kene paham bukan staff yang tentukan harga..nak komplen pi kat HQ 7 eleven kat times square sana..nak je aku maki tapi customer kan...pekakkan telinga jela...huhu

Ps: ok dah la tu pengalaman aku keje 7 eleven...nanti aku story benda lain plak ye...ciao

Pengalaman Aku Kerja 7 Eleven Episod 2

Sebelum aku mula post kali ni, aku nak tepek beberapa info tentang kerja kat 7 eleven:

  • Gaji Permulaan RM 1,000
  • Ada 3 shift .
  • Peluang naik pangkat laju jugak la
Gambo kat atas tu ialah gambar partner aku time aku kerja 7e dulu...huhu

Pada aku kerja 7e ni sesuai untuk lepasan spm sementara nak tunggu sambung belajar. Tapi kalo korang nak stay kerja lama lama pon ok jugak sebab peluang naik pangkat boleh kata cepatla especially kalo korang kerja bagus and takde masalah disiplin...

Macam aku kata kat atas tu kerja 7e ada 3 shift;
  • pagi, 7pg-3ptg
  • petang,3ptg-11mlm
  • malam,11mlm-7pg
satu shift akan ada atleast dua staff. Tapi tu bergantung jugak pada jumlah staff yang ada..kalo enam orang staff memang jadual macam kat atas tapi kalau staff kurang jadual jadi dua je;
  • pagi, 7pg-7mlm
  • malam, 7mlm-7pg
Cuti pulak standard sehari je dalam seminggu. 
Skang aku nak sentuh bab gaji plak. Gaji dibayar dua kali sebulan. Selain gaji basic RM1000 ada jugak elaun untuk staff shift malam RM5 satu malam dan jugak peluang OverTime..
Tapi OT tu bergantung pada staff yang ada la.
Kalo staff full memang takde OT. Tapi kalo staff tinggal empat orang contohnya memang hari hari OT la jawabnye..memang letih tapi ujung bulan memang masyuk la...huhu..korang tak payah request nak OT pon...memang korang diwajibkan OT pon...
Lagi parah kalo staff ada tiga orang je...bukan setakat OT hari hari malah cuti korang pon takde...tapi macam aku cakapla hujung bulan memang masyuk..

Bab seterusnya ialah peluang naik pangkat...
tangga pekerjaan kat 7e macam kat bawah ni;
  • Store Associate (Staff baru)
  • Senior Store Associate 
  • Retail Associate ( Macam supervisor la )
  • Assistant Store Manager
  • Store Manager
Masa aku berhenti dulu jawatan aku Retail Associate tu..kira cepat la untuk aku yang kerja setahun je kat 7 eleven tu dah boleh naik pangkat camtu..lagipun banyak manager yang keje kat 7 eleven ni merupakan Store Associate...so maksudnya diorang sume start dari bawah...

So untuk sesiapa yang boleh tahan kerja 7 eleven memang peluang nak naik tu terbukak luas...

hah tu gambo aku time kerja kat 7 eleven dulu..tu antara partner aku yang paling mesra sekali..tapi kalo gelak tak engat dunia dah...

Ps: Cukup dulu untuk pos ni, pos akan datang aku cerita kenangan pahit manis plak kat 7 eleven ni...adios 

Pengalaman Aku Masa Kerja 7 Eleven Episod 1

Hah korang nampak tak logo tu..rasenye sume kenal kot logo apa tu..

7 Eleven lah ye tak...takkan pulak logo tesco..logo kedai nombor ekoq pon bukan..

Dalam post ni aku nak story sikit masa aku kerja 7 eleven dulu...(macam lama je bunyik kan..padahal baru je aku berhenti bulan 10 2016 yang lepas)...hehe

owkeyhh back to story..
aku join kedai ni bulan 7 2015 setelah berbulan bulan menanam anggur di rumah...walaupun lama ku tanam tetap tak nampak jugak anggurnya..

Sebenarnya kedai 7e yang aku keje ni dekat sangat dengan umah aku..senang cerita jalan kaki 10 minit dah sampai...time aku datang mintak kerja tu diorang memang tengah desperado nak cari staff...time tu ada dalam tiga orang je pekerjanya tak termasuk manager kedai..
Time aku mintak tu kebetulan managernya yang jaga kaunter ..aku amik borang, isi dan terus hantar sambil harap yang aku dapat kerja tu..

Nasib Baik

Mungkin nasib aku baik kot sebab petang tu jugak aku dapat panggilan suruh datang interbiu keesokkan harinya...hehe..aku time tu interbiu dengan field manager area tu ( by the way 7 eleven aku kerja ni kat Port Klang)
Field manager ni kira manager kepada store manager lah...
Masa interbiu tu macam macam la info dia bagitau kat aku...macam gaji..jadual kerja..cuti...dan lain lain..aku ye kan aje sebab pada aku yang penting aku dapat kerja dah cukup...hehe..

Selang dua hari camtu bermulalah kareer (cehh) sebagai staff 7e...first day kalo korang nak tau perkara wajib untuk staff baru ialah lap segala gondola yang ada dalam tu sampai bersih...dah macam ritual pengenalan dah aku rasa sebab sume staff yang masuk lepas aku pun camtu gayanye...

Dah hari ketiga baru aku diajar jaga mesin duit..time tu memang cuak gak..yela nak jaga duit orang kan...kang tak pasal aku kene ganti plak kalo short...huhu

Ps: penat dah naip nanti nanti aku sambung lagi ye...huhu

Di Sini Bermula Satu Perjalanan

Assalamualaikum pembaca semua,

Saya Muhamad Alif. Baru je menginjak umur 27 tahun. Lama dah tak tulis blog, bertahun gamaknye. Nama blog yang dulu pon dah lupa dah. 

Dah lupakan sume benda benda lama tu..

Kita start fresh ek.. 
Dalam blog yang muda remaja ni akan dikongsikan cerita cerita tentang benda yang jadi dalam hidup teman.
Selain tu jugak dalam blog ni akan saya kongsikan secebis ilmu tentang kewangan peribadi yang saya dapat...
Harap dengan perkongsian ni kita dapat la manfaatnya sikit ye idok..

Itu jelah untuk post kali ni...jumpa lagi babai..

PS: Next post jom kita korek korek tentang pengalaman aku kerja 7 Eleven